ASAL USUL SUKU KAUM SUNGAI
Dari segi catatan sejarah, asal-usul orang sungai adalah bermula pada tahun 1881, Ketika residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok , beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang telah mendirikan petempatan di tebing sungai serta mahir dalam bercucuk tanam . Keseluruhan masyarakat mereka adalah berambut panjang serta memiliki kulit yang cerah serta kemerah-merahan. Disebabkan Sir William Pryer tidak dapat berkomunikasi dengan mereka , beliau telah memberi gelaran kepada masyarakat tersebut sebagai "THE RIVER PEOPLE" .
Selepas peristiwa tersebut , ketika pemerintahan The British North Borneo Chartered Company ( BNBCC ) , gelaran tersebut telah diterjemahkan kepada bahasa melayu dengan panggilan ORANG SUNGAI dan telah dikekalkan sehingga sekarang dan gelaran tersebut telah diberikan bukan sahaja kepada masyarakat yang tinggal di Sungai Kinabatangan tetapi ianya juga telah digelarkan kepada masyarakat yang hidup di pinggir sungai. Antara petempatan yang boleh kita lihat berdasarkan masyarakat orang sungai ialah Sugut , Sungai Paitan , Sungai Labuk , Sungai Kinabatangan , Sungai Bengkoka dan Sungai Segama .
Bagi Sistem Kepercayaan dan Adat Resam Suku Kaum Orang Sungai menganut fahaman yang berbeza-beza. Mereka juga terdiri daripada masyarakat yang beragama islam , kristian serta animisme . Mereka yang beragama islam secara puratanya adalah disebabkan perkahwinan campur diantara agama . Bagi abngsa sungai pula , mereka memiliki 30 kelompok kecil dalam bangsa sungai.
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN
TANDA PIHAK LELAKI BERKENAN / UNTUK NAIK MEMINANG :
Pada kebiasaannya , lelaki tersebut akan memberi isyarat kepada pihak keluarga perempuan dengan memberi samaada air , kayu , jenis barangan dapur , pakaian mahupun jenis alat solek sebanyak 2 kali. Sekiranya pihak lelaki tersebut telah menghantar antara barangan tersebut untuk kali yang ke-3 , maka keluarga bagi pihak perempuan akan bertanyakan kepada lelaki tersebut samaada barangan tersebut adalah sekadar sedekah atau ada tujuan yang lain .
Jika si lelaki tersebut tidak mempunyai apa-apa tujuan iaitu sekadar suka-suka maka pihak keluarga perempuan akan melaporkan kepada ketua kampung dan lelaki tersebut akan dikenakan soggit iaitu denda atau hukuman dengan bayaran 2 biji gong untuk menggantikan maruah si perempuan dengan maruah keluarga pihak perempuan dan perlu disertakan wang ringgit sebanyak Rm20 bagi setiap gong.
Tujuannya adalah agar pihak lelaki tidak memperkecil-kecilkan wanita tersebut serta keluarga bagi wanita tersebut. Jika lelaki tersebut membuat hantaran barangan tersebut dengan tujuan ingin meminang , maka pihak lelaki tersebut kena memberi seekor ayam yang cukup besar sebagai tanda menghormati kesucian wanita tersebut. Namun , jika pihak perempuan tersebut tidak menerima lamaran tersebut , maka pihak perempuan tersebut perlu segera mengembalikan barangan yang diberi oleh pihak lelaki.
Apabila barangan yang diberi oleh pihak lelaki belum dikembalikan selama 3 hari. Maka lelaki tersebut akan menghantar 2 orang lelaki untuk melamar perempuan tersebut disertakan dengan wang ringgit sebanyak Rm20 untuk menentukan pihak keluarga perempuan tersebut bersetuju atau pun tidak . Seterusnya , lelaki tersebut perlu menyediakan barang-barang meminag seperti :-
1 . Buka Mulut Rm20
2 . Sebeg pakaian lelaki yang ditinggalkan dirumah perempuan selama mereka bertunang.
3 . Sebuah barang bersarung
4 . Sebentuk Cincin
5 . Golong Kawat
ADAT SEPANJANG TEMPOH PERTUNANGAN :
1 ) . Dalam masa pertunangan mereka , jika ada lelaki atau perempuan lain yang menganggu pertunagan mereka sehingga terpaksa diputuskan . Maka lelaki atau perempuan tersebut akan dikenakan soggit atau hukuman yang dikenakan dengan memberikan sebuah gong dan perlu membayar kesemua kos yang dikeluarkan ketika pertunangan lelaki dan wanita yang bertunang itu dan lelaki dan wanita yang menganggu hubungan tersebut tidak akan dibenarkan berkahwin dengan pasangan yang bertunang tadi.
2 ) . Tidak boleh menggunting rambut bagi lelaki dan perempuan yang bertunang kecuali dengan izin perempuan atau lelaki tersebut atau ahli keluarga masing-masing. Jika antara mereka yang melanggar pantang larang ini , si pesalah akan dikenakan soggit.
3 ) . Tidak boleh pergi ketempat keramaian bagi yang bertunang kecuali dengan izin si tunang atau ahli keluarga mereka sendiri .
ALAT MUZIK SUKU KAUM SUNGAI
GABBANG KAYU :-
Gabbang Kayu merupakan sejenis alat muzik tradisional suku kaum orang sungai. Berdasarkan sejarah awal mengenai muzik ini , Gabbang Kayu adalah salah satu alat muzik yang kedua terpenting selepas alat muzik kulintangan tembaga yang dibawa masuk oleh masyarakat Suluk sejak awal 1920-an lagi. Alat muzik Gabbang Kayu ini diperbuat daripada beberapa jenis kayu yang dipanggil Poggil , Litak dan Tilluh yang dipanggil dalam bahasa tempatan.
Setiap batang kayu akan dibentuk menjadi kepingan-kepingan kayu supaya menghasilkan nada muzik yang tertentu berdasarkan saiznya. Untuk mendapatkan nada bunyi yang sistematik , setiap kepingan kayu tersebut disusun mengikut prinsip kod muzik terkini . Dengan susunan tersebut , seseorang ahli muzik akan dapat memainkan pelbagai rentak lagu yang harmoni serta sedap untuk didengari.
Pada masa dahulu , muzik Gabbang Kayu dimainkan sebagai hiburan untuk melepaskan penat lelah setelah selesai melakukan kerja-kerja gotong-royong di ladang sama ada selepas menanam padi ataupun selepas menuai hasil tanaman . Ketika muzik Gabbang Kayu dimainkan dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis kahwin , majlis sambutan perayaan atau majlis persembahan.
TRADISI MAKANAN SUKU KAUM SUNGAI
IKAN BAUNG / SOPONG PANGGANG : MENU
Bahan-bahannya :-
- 1 kg ikan baung / sopong
- 100 ml Air asam jawa
- 1 sudu besar serbuk kunyit dan lada
- 6 helai daun pisang
- 4 biji lada kering ( ditumbuk )
Bahan untuk Sambal :-
- 3 ulas bawang merah ( dihiris )
- 1 sudu besa belacan
- 4 sudu besar air asam jawa
- 6 biji cili api
- 6 biji cili merah
- Gula dan garam ( terpulang )
Cara-cara membuat sambal :-
- Bawang merah , belacan , cili api dan cili merah ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan air asam jawa , garam dan gula .
Cara-cara memanggang ikan :-
- Ikan perlulah dibersihkan terlebih dahulu .
- Perapkan ikan dengan air asam jawa yang dicampur dengan serbuk kunyit , serbuk lada dan lada kering.
- Bungkus ikan menggunakan daun pisang
- Panggang diatas arang kayu sehingga masak
BAUNG / SOPONG MASAK ASAM AMPAP :- MENU
Bahan-bahan :-
- 500 gm ikan baung / sopong
- 10 gm halia ( ditumbuk )
- 10 gm lengkuas ( ditumbuk )
- 10 gm kunyit ( ditumbuk )
- 1 batang serai ( ditumbuk )
- 1 biji bawang besar ( ditumbuk )
- 100 gm ubi kentang
Cara-cara masak :-
- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi berserta kentang . Setelah itu , masukkan ikan.
PANTANG LARANG SUKU KAUM SUNGAI
Bagi Anak Dara :-
- Dilarang menyanyi ketika masak mahupun buang air kecil atau buang air besar terutama sekali bagi anak darah kerana bimbang mendapat pasangan yang tua semasa kahwin nanti .
- Anak dara dilarang duduk didepan tangga dapur ataupun tangga depan rumah kerana bimbang lambat menemui jodoh.
Bagi kanak-kanak :-
- Dilarang bermain api kerana dipercayai akan menjadi pencuri sewaktu besar nanti
- Bayi yang belum tumbuh gigi tidak boleh diletakkan diatas kepala kerana bimbang akan tumbuh gigi secara bertingkat.
Bagi kehidupan seharian :-
- Apabila seseorang itu bersin , hendaklah dipanggil kembali semangatnya dengan seruan " baliklah semangat kau ke dalam semula "
- Dilarang menyiku atau bermain siku-menyiku kerana dipercayai seperti menyumpah dan boleh memendekkan umur.
- Dilarang bersiul kerana jika bersiul di waktu malam ianya seperti memanggil hantu dan pada waktu siang pula seperti membawa sial.
Bagi wanita yang sedang mengandung :-
- Si ibu perlulah memakai wangi-wangian yang disapu dengan bonglai pada seluruh badan supaya mereka tidak diganggu makhluk halus.
- Dilarang menjahit seperti menampal kain kerana dipercayai air tembuni akan bertambah banyak.
- Dilarang berjalan pada waktu malam , hujan dan waktu ribut kerana bimbang diganggu makhluk halus serta serta keguguran atau bersalin awal.
- Tidak perlu mengikat rambut ketika berjalan. Hal ini kerana ianya boleh menakutkan makhluk halus.
- Suami atau isteri juga tidak boleh membunuh binatang kerana ditakuti bayi yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri binatang tersebut.
- Bagi wanita yang kehilangan suami , wanita ini hendaklah memakai pakaian suami sehingga selepas bersalin.
- Selepas si ibu melahirkan , perlulah mandi mengikut 3 peringkat waktu mandi yang telah ditetapkan oleh bidan itu sendiri .
BUDAYA SUKU KAUM SUNGAI
Upacara tolak bala :-
- Upacara ini akan dilakukan pada hari rabu pada akhir bulan safar setiap tahun. Bagi kepercayaan suku kaum sungai , hari rabu merupakan hari nahas atau hari yang merbahaya. Ketua kampung akan bertanggungjawab dalam mengungumkan hari tolak bala tersebut. Setelah diumumkan , maka proses penyediaan makanan akan disiapkan. Upacara yang dilakukan akan dibuat di kawasan sungai yang berhampiran dengan rumah atau dikawasan muara sungai . Setibanya hari tersebut , semua penduduk akan berkumpul di kawasan yang telah mereka sediakan untuk dijamu bersama-sama. Setelah tibanya imam, maka si imam akan membuat pembacaan doa arwah serta selamat setelah bacaan doa tamat
- Maka mereka akan menjamu selera. Setelah menjamus selera , setiap individu perlulah memegang objek seperti batu mahupun pasir bagi upacara tolak bala. Apabila imam menjirus air ke badan mereka , maka batu atau pasir tadi akan dilepaskan serta merta ke sungai sambil berniat semoga segala perkara yang tidak baik akan terikut pada batu atau pasir tertentu. Batu mahupun pasir tadi akan diletakkan di satu kapal kecil yang dihiasi dengan bendera berwarna-warni. Selepas upacara tolak bala berakhir. Maka mereka perlu membuat bacaan yang boleh dibuat dalam 2 cara. Yang pertama ialah dengan membaca bacaan ketika mandi dan yang kedua ialah doa bacaan yang dihembus ke dalam tempayan dan di minum untuk seisi keluarga. Sehari selepas upacara tolak bala tersebut , mereka tidak akan dibenarkan untuk membuat sebarang aktiviti kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang boleh membawa maut.
BAHASA SUKU KAUM SUNGAI
PAKAIAN SUKU KAUM SUNGAI
Suku kaum sungai mempunyai 3 jenis tarian yang sering mereka persembahkan ketika majlis-majlis rasmi ataupun majlis-majlis perkahwinan. Tarian ini dapat dilihat pada hari-hari keramaian bangsa sungai di Sabah . Antara tarian tersebut adalah seperti tarian Titikas , Berunsai dan Tarian Gabang. Dalam tarian tersebut , anda bolehlah melihat pakaian-pakaian tradisional yang mereka gunakan ketika melakukan persembahan.
CERITA RAKYAT BANGSA SUNGAI / MITOS
" ORANG SUNGAI BERSAHABAT DENGAN BUAYA "
MITOS PERTAMA :-
Pada zaman dahulu, ada seorng pemuda mencari rezeki di Sungai Kinabatangan. Pada hari itu pemuda tersebut jatuh kedalam sungai kerana perahunya yang tidak seimbang secara tiba-tiba . Pemuda itu hampir lemas dan dia telah dibantu oleh satu makhluk yang berenang di sungai tersebut . Sampai di daratan, setelah pemuda itu sedar . Dia terkejut apabila buaya berada di sebelahnya. Buaya itu cuba mendekati buaya tersebut sebagai tanda bahawa dialah yang menyelamatkan si pemuda tadi dan dengan reaksi yang ditunjukkan oleh buaya tadi si pemuda itu pun mengerti niat sebenar si buaya dan dia amat bersyukur atas jasa buaya tersebut. Kemudian, pemuda dan si buaya tadi telah berjanji akan menghormati satu sama lain ketika berada di Sungai Kinabatangan . Selepas kejadian itu, tiada seorang pun antara orang sungai Kinabatngan yang cuba memungkiri janji. Sehingga kini, buaya tidak pernah menganggu aktiviti orang sungai Kinabatangan biarpun mereka pernah bertemu.
MITOS KEDUA :-
Pada kebiasaanya, sumber utama makanan bagi orang sungai ialah ikan kerana mereka hidup di pinggir sungai. Pada suatu hari , seorang pemuda telah mencari rezeki di sungai. Dalam dia mencari sumber makanan , tiba-tiba dia terlihat seekor buaya yang tersepit di akar pokok bakau. Lalu si pemuda tadi pun bertekad untuk selamatkan si buaya tadi .
Setelah si pemuda tadi menyelamatkan buaya tadi , buaya tersebut terus melarikan diri ke dalam sungai. Lalu si pemuda pun berasa pelik kerana buaya tersebut tidak memakannya dan langsung tidak bersifat agresif iaitu ganas pada dirinya. Setelah itu , si pemuda pun mengendahkan kejadianyang berlaku sebentar tadi. Pada malam hari , si pemuda tadi termimpi buaya yang diselamatkannya itu mendekati dirinya. Berulang-ulang mimpi tersebut menghantui si pemuda tadi. Lalu si pemuda tadi pun mencari seorang yang boleh mentafsir mimpi.
Si pentafsir berkata bahawa buaya yang diselamakannya tadi berterima kasih dan si pemuda tadi disuruh untuk memberikan makanan kepada buaya yang diselamatkannya tadi . Setelah si pemuda mengiakan kata-kata si pentafsir mimpi tadi. Beliau pun pergilah mencari buaya yang diselamatkannya tadi sehingga lah jumpa. Setelah si pemuda berjumpa dengan buaya tersebut , si pemuda pun memberikan makanan kepada si buaya dan beliau ada berkata kepada buaya tersebut .
" Kalau kamu berterima kasih kepada aku. Aku terima . Kalau berterusan kamu dan keluargamu tidak menganggu kami , maka kami turut akan melakukan perkara yang sama kepada keluarga mu "
Dan dari hari itu , kaum sungai dan buaya bersahabat dan saling menghormati.
# Riverpeople